Kolaborasi MCMC bersama rangkaian PEDi untuk menghasilkan video pendek HKHM 2022

 

Seperti kelaziman, sambutan Hari Kebangsaan Malaysia diadakan pada 31 Ogos setiap tahun dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) berperanan sebagai Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 akan melaksanakan sambutan Bulan Kebangsaan yang akan diraikan di seluruh negara. Oleh yang demikian, bagi  menyemarakkan lagi sambutan tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengalu-alukan warga PEDi dan ahli PEDi yang berdaftar untuk menghasilkan video pendek bertemakan Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.

 

Melalui video pendek tersebut, PEDi secara tidak langsung dapat berkongsi manfaat serta peranannya kepada komuniti setempat dengan lebih meluas lagi.  Penyertaan warga PEDi dan ahli PEDi adalah secara sukarela dan percuma.  Sila maklum bahawa kempen ini juga tidak mempunyai unsur pertandingan mahupun peraduan.

 

Pihak MCMC amat menghargai sokongan dan penglibatan warga PEDi dalam usaha untuk menyemarakkan lagi bulan kebangsaan ini.

 

Hasil kerja boleh dihantar ke Borang Penyertaan Mencipta Video Pendek (imbas kod QR seperti di lampiran)

 

Maklumat dan objektif video HKHM 2022 juga boleh dimuat turun di pautan ini:

https://drive.google.com/drive/folders/1f4BuFHP0E86AoqwN7i48V8VmnW5ImMAD?usp=sharing

 

penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli PEDi dan sebarang pertanyaan sila hubungi petugas PEDi.

SYARAT PENYERTAAN

 

 

TUJUAN :-

- Program Hari Bersama Komuniti (HBK) PEDi Felda Lui Selatan berlangsung pada 7 Julai 2022 bertempat di Dewan Awam Felda Lui Selatan. Program ini turut dihadiri wakil dari pihak TM, SKMM dan Ketua kampung. Program ini adalah penglibatan gabungang dari 5  PEDi yang terlibat antaranya PEDi Felda Raja Alias, PEDi Serting Hilir, PEDi Kuala Jempol dan PEDi Desa Puteri. Pelbagai aktiviti dan acara pertandingan yang diadakan mengikut ketagori umur dari kanak-kanak hingga dewasa. Terdapat juga agensi keusahawanan yang terlibat iaitu Suruhanjaya Syarikat MAlaysia (SSM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA.  Sambutan yang baik dari penduduk kampung sangat memberangsangkan. Program HBK PEDi 2022 berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

 

AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

-  Pertandingan sukaneka

- Taklimat keusahawanan

- Pertandingan Kuiz PEDi

 

KLIK SINI UNTUK FOTO

 

 

JAWATAN KOSONG !!!

Peluang kerjaya sebagai Rakan Digital bagi Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan

Kecil (PUPUK) di bawah Telekom Malaysia kini dibuka.

 

Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Raja Alias 1, Bandar Seri Jempol, NSDK.

Syarat kelayakan dan skop tugasan Rakan Digital adalah seperti yang tertera dalam gambar dibawah.

Emelkan resume anda kepada : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2022 (Khamis)

KLIK SINI UNTUK FOTO

 

 

Promosi Program e-Tuisyen PEDi sesi April hingga Jun 2022.

Berminat nak daftarkan anak? pakej bermula serendah RM8.
tempat belajar yang selesa dan komputer disediakan.


** sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan..

0132693667- Nasarah

0149220684 - Fatin

LINK POSTER

Dua lebih baik.
Pengesahan dua faktor dapat meningkatkan keselamatan akaun media sosial dan aplikasi pemesejan anda.
Aktifkan sekarang untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penggodaman yang seterusnya!